"KURANG AJAR!!! Saya sangat terkejut dengan Komen Juri" - Bienda

"Saya sangat terkejut dengan komen juri, ingin saja saya jerit kepada mereka" - Bienda



Jika anda berkesempatan menyaksikan konsert Gegar Vaganza 2 minggu lepas, Sheeda dangdut yang menyanyikan lagu 'Tiada Lagi' berduet bersama Aweera menerima kritikan yang agak pedas daripada pihak juri.

Bienda melalui mStar Online memberitahu meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap komen-komen juri yang bersifat mengaibkan ibunya.
Saya boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu. 
Ia bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre dangdut. Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta.
Bienda juga memohon kedua-dua pihak juri memohon maaf kepada ibunya.
Saya sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional. Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian.
Gegar Vaganza kali ini kami sifatkan agak panas kerana penuh dengan kontroversi. Rasanya, juri perlu contohi Datuk Ramli MS yang lebih cool.

0 Response to ""KURANG AJAR!!! Saya sangat terkejut dengan Komen Juri" - Bienda"

Post a Comment