Kejutan Aril dan Isteri Untuk Birthday Ibunya ini Memang LUAR BIASA!!! (3 FOTO)

Kejutan Aril dan Isteri Untuk Birthday Ibunya ini Memang LUAR BIASA!!! (3 FOTO)



Tahniah diucapkan kepada Aril dan isteri kerana telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel!!!

Apa yang menariknya adalah, kelahiran anaknya itu sama dengan tarikh lahir ibu kesayangan dan juga arwah abangnya, Izwan Pilus.

Assalamualaikum, Hari ni 24hb nov 2015, bersamaan hari selasa, jam 1:27pm, haaa! Patutnya awal pagi semalam aku dah wish kat mak! Hehe lewat sikit takpe kot, happy birthday mak Normah Abdullah semoga panjang umur, di murahkan rezeki dan dilimpahi rahmat dari Allah swt, amin tak lupa jugak untuk arwah abg yang tersayang, khairil izwan pilus, kalau dia masih hidup, 36thn umur dia, tapi semuanya suratan takdir, ajal dan maut di tangan tuhan.. Rindu kat kau abg wan. Ok! Nak share skit tentang celebration yg akan di sambut utk meraikan hari lahir mak tahun ni rasanya berbeza sikit, dan hadiah yg mak bakal dapat juga berbeza dari tahun2 sebelum ni, harap mak happy dengan hadiah yang akan diberi 😊 dan hari ni mak adalah orang yang paling happy sekali, boring la hadiah barang kemas, handbag, makan malam restoran high class ni semua boring, tau kenape aku ckp camtu? Haaaaaaa! Sebab hari ni kita akan celebrate birthday mak kat HOSPITAL!! Yey!! Yey!! Hahaaa Sambut birthday kat hospital bukan sebab mak sakit, tapi ada perkara yang lebih istimewa kita semua tengah tunggu. Ok lah! Straight to the point, mak akan dapat hadiah BABY, BABY yang bakal lahir hari ni, memilih tarikh yang sama dgn nenek dia, dan arwah pak ngah dia, 😊😊 Mak, inilah hadiah paling istimewa dari ajam buat mak tersayang, terima kasih mak, sebab lahirkan ajam, macam tak caya je nak jadi AYAH hari ni.. Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Kau permudahkanlah segala urusan kami, Kau selamatkanlah isteriku Puteri Erma Edlinda dan anak dalam kandunganya itu, Kau ampunkanlah segala dosa isteriku dari mula dia lahir kedunia hingga akhirat, Kau berkatilah dan rahmatilah keluarga kami dan limpahkurniakanlah rahmat dan kegembiraan dalam keluarga yang aku cintai ini, amin... Untuk isteriku yang tersayang, saya maafkan segala dosa besar dan kecil, nampak atau tak nampak, dari dunia sampai akhirat.. Amin Sayang awak puteri erma edlinda.😭😭
A photo posted by The Official Aril AF™ (@khairilazam) on

Sweet kan ucapan daddy Aril ni? Tahniah diucapkan kepada Aril dan Puteri Edlinda. Semoga anaknya nanti akan menjadi anak yang soleh!!!

0 Response to "Kejutan Aril dan Isteri Untuk Birthday Ibunya ini Memang LUAR BIASA!!! (3 FOTO)"

Post a Comment